Anak Kedua Elfira Dan Anzalna Dilahirkan Pada Tarikh Yang Sama

Pada 20 Mei 2022, berita gembira dari Elfira dan Anzalna kerana kedua-dua artis itu telah selamat menerima cahaya mata kedua mereka.

Elfira Loy selamat melahirkan anak perempuannya pada 6.27 petang jumaat.

Pelakon itu berkongsi saat indahnya dan perasaan syukur selepas melahirkan anak keduanya itu di Instagram.

“Saya ada banyak gambar menarik tetapi saya amat sukakan gambar ini. Ayah seperti adiwira, menangis Mommy tengok Ayah sambut awak sendiri apabila Mommy keluarkan awak, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, pengalaman yang menakjubkan,” kongsinya.

Suami Elfira, Faris Khairol Anuar turut berkongsi di Instagram.

Ayah kepada dua anak ini berterima kasih kepada semua yang berdoa dan doanya juga kepada anaknya agar membesar dengan baik.

Anzalna Nasir juga selamat melahirkan anak keduanya malam jumaat itu.

Suaminya, Hanif Zaki berkongsi di Instagram tentang hari gembiranya dan beritahu bahawa hari tersebut sepatutnya adalah hari terakhir Anzalna pergi ke pemeriksaan dengan doktor tetapi tidak sangka cahaya matanya tiba pada hari itu.

Hari Jumaat yang barakah itu telah membawa dua ibu ini berkongsi tarikh melahirkan buah hati mereka. Kebetulan yang memikat hati dan gembira buat kedua-dua keluarga.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca