Anak Ingkar PKP, Bapa Ini Terpaksa Korek Tabung Untuk Bayar Denda

Bermula 8 April lalu, bayaran denda akibat melanggar perintah PKP telah dinaikkan dari RM350 menjadi RM1,000.

Terbaru, seorang pengguna Facecook iaitu Siti Rohaiza telah berkongsi kisah sedih selepas menerima bayaran kompaun daripada seorang bapa untuk membayar denda anaknya yang ingkar PKP.

Siti Rohaiza yang berkhidmat di pejabat Kementerian Kesihatan memberitahu bahawa bapa tersebut membayar denda yang dikenakan dengan menggunakan duit syiling dan helaian duit RM1 yang sangat tebal.

Perkara itu sekaligus menimbulkan persoalan. Demi mencari jawapan, Siti Rohaiza bertanya kepada lelaki berkenaan dan jawapan yang diberi oleh lelaki itu sangat mengejutkan.

“Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Jenuh Iza nak mengira. Bila ditanya jawapannya
korek tabung. Sentap hati ni dengar,” tulisnya di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Rohaiza turut menasihati golongan remaja atau mereka yang masih belum mempunyai pendapatan agar duduk di rumah dan mematuhi segala arahan dan undang-undang yang diperintahkan.

Tambahnya lagi, janganlah menggunakan tempoh PKP ini untuk melepak dan membuat perkara yang tidak berfaedah. Sekiranya anak-anak ini ingkar PKP, maka ianya hanya akan memberi kesan kepada ibu bapa dan secara tidak langsung menyusahkan mereka dengan membayar denda PKP.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk membaca artikel lain berkenaan PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca