Anak George Floyd Kini Pemegang Saham Disney

Selepas insiden maut George Floyd akibat keganasan polis, orang ramai menghulurkan bantuan kepada keluarga mendiang yang kehilangan ketua keluarga itu.

Anak perempuan George Floyd, Gianna kini merupakan salah seorang pemegang saham Disney.

Perkara ini terjadi apabila penyanyi terkenal, Barbra Streisand, membeli sejumlah saham Disney dan dihadiahkan kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu.

“Terima kasih Barbra Streisand, saya kini merupakan pemegang saham Disney,” tulis Gianna pada hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Bapa Gianna meninggal dunia selepas seorang anggota polis, Derek Chauvin menekan lutut di leher Flord selama sembilan minit. Susulan peristiwa itu, ia mencetuskan protes global terhadap diskriminasi perkauman.

Nilai saham yang dibeli oleh Streisand tidak diketahui.

Minggu lalu, Texas Southern University mengumumkan akan memberikan Gianna biasiswa penuh sekiranya dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di situ.

“Kami memahami nilai pendidikan sangat diperlukan untuk memajukan diri. Kami berharap dia sudi menyertai keluarga TSU,” kata Ketua Yayasan Universiti, Gerald Smith.

Malah, selebriti terkenal, Kanye West juga telah menubuhkan dana pengajian tinggi untuk Gianna yang juga sebahagian daripada sumbangannya yang bernilai RM 8,555,000.

Selain itu, halaman GoFundMe untuk Gianna juga telah berjaya mengumpulkan dana yang tinggi.

“Terima kasih di atas kasih sayang dan sokongan anda,” tulis Gianna dan ibunya Roxie Washington di halaman tersebut.

Untuk membaca artikel lain berkaitan George Floyd, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca