Anak Dituduh Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Orang, Ini Respons Azhar Sulaiman

Nama anak kepada aktor Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menjadi sebutan ramai apabila dia dituduh mempunyai hubungan sulit bersama seorang lelaki berstatus suami orang.

Menerusi ciapan Leona di laman Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Nor Azira telah meninggalkan komen di Instagram Azhar dengan mendakwa Leona pergi bercuti bersama suaminya ketika dia sedang menjaga anak-anaknya di rumah.

Sumber: Twitter @kasihirisleona

Wanita itu turut meminta Leona memulangkan semula wang yang telah dibelanjakan seperti bil hotel, makanan, tiket penerbangan dan bil-bil yang lain berkaitan dengan percutian sepanjang mereka bercuti bersama.

“Untuk pengetahuan anda, anak perempuan kamu menghabiskan duit saya hampir RM3,000 setiap bulan. Tolong bayar semula duit saya sebelum saya membuat laporan polis berkaitan anak perempuan kamu merupakan seorang scammer.

Saya dan anak-anak saya sudah tidak ada simpanan sejak tahun 2014 kerana anak perempuan kamu. Suami saya berkelakuan seperti orang mabuk apabila dia baru menghabiskan duit dia untuk anak perempuan kamu.

Saya boleh nampak anak perempuan kamu keluar dan makan di hotel sedangkan saya dan anak-anak makan di rumah sahaja,” ujarnya.

Individu berkenaan turut mendakwa Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya tanpa mempunyai sebarang niat untuk berkahwin dengan lelaki itu.

“Dia menipu suami saya tanpa mempunyai sebarang niat untuk berkahwin dengannya,” tambahnya.

Azhar meminta bukti dakwaan yang dilemparkan terhadap anak bongsunya

Sumber: Twitter @kasihirisleona

Azhar kemudiannya terus menghubungi individu berkenaan di aplikasi WhatsApp untuk meminta wanita itu mengemukakan bukti dakwaan yang telah dilemparkan kepada anak bongsunya.

Wanita itu kemudiannya memberitahu bahawa dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan Leona kerana lelaki itu membuat twit semula satu ciapan yang dimuat naik Leona sebelum ini.

Dalam pada itu, Azhar menjelaskan di laman Instagram bahawa dia tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan dan tidak akan menyaman individu tersebut kerana memikirkan kesihatan mentalnya.

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini dengan kamu tentang Leona. Hanya nasihat mesra untuk kamu. Carilah seorang kawan baharu yang mahir tentang media sosial ini.

Dengan saya you terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental you. Kalau orang lain, pasti mereka akan saman you. Take care,” ujarnya.

Penjelasan Leona di laman Twitter dan Instagram story

Sumber: Instagram @kasihirisleona

Menerusi beberapa hantaran di Instagram story, Leona menegaskan bahawa perkara itu sama sekali tidak benar kerana dia tidak pernah keluar bersama suami orang dan ibu bapanya turut mempercayai kata-katanya itu.

“Saya cuma nak beritahu perkara itu 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar bersama ataupun bertemu suami orang.

Ibu bapa saya tahu dan percaya saya juga. Wanita itu berkata saya ambil duit dia sedangkan saya tidak pernah langsung ambil duit ibu bapa saya. Make it make sense,” ujarnya.

Dalam pada itu, Leona memuat naik beberapa ciapan di laman Twitter dengan berkata, “Untuk pengetahuan anda, saya berumur 12 tahun pada 2014.

Okay kalau anda dah berkahwin, jangan sama sekali twit semula ciapan saya. Nanti pasangan kamu tuduh saya mempunyai hubungan sulit dengan anda,” tulisnya.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca