Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia bagi umat Islam. Umat Islam diwajibkan untuk berpuasa dan selama sebulan ketka bulan Ramadhan.
Bulan puasa semakin hampir dengan kita. Pada hari Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah adalah tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menetapkan hari permulaan puasa untuk umat Islam di seluruh Malaysia.
Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang bertugas akan melihat anak bulan Ramadhan pada petang hari tersebut di 29 lokasi yang terpilih.
Menurut kenyataan tersebut, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam tersebut bagi tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen.