Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia Pada Usia 20 Tahun

Penyanyi yang cukup terkenal sekitar era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan baru sahaja kehilangan anaknya iaitu Mohammad Aqil Zulkarnain kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham Mohammad Aqil menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Selayang.

Azian yang terkenal menerusi lagu berjudul Cinta Embunan Pagi itu mengatakan bahawa dia reda dengan pemergian anak kesayangannya itu ke Rahmahtullah.

“Saya dan keluarga menerima berita ini dengan penuh reda,” kata Azian.

Menurut Azian yang pernah menyertai program Gegar Vaganza terbitan Astro, jenazah Allahyarham Aqil masih berada di hospital buat masa sekarang.

Difahamkan, Mohammad Aqil yang sudah mendirikan rumah tangga dilaporkan terlibat dalam nahas jalan raya di Kajang, Selangor pada 22 November lalu.

Sejak kemalangan itu, Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sebelum menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Berita duka itu turut dikongsikan Azian di laman Instagram peribadinya.

Team Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain. Al-Fatihah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca