Ambil Nyawa Ibu Bapa Kerana Kekasih, Ini Kisah Suzane Von Richthofen

Hanya kerana sayangkan kekasih dan tidak dibenarkan untuk bercinta dengan lelaki tersebut, seorang wanita di Brazil sanggup mengambil nyawa ibu bapanya sendiri yang sudah membesarkannya dengan penuh kasih sayang.

Sumber: Alchetron

Suzane Louise von Richthofen ialah seorang gadis yang cantik dan kaya. Bapa Suzane, Manfred Albert Freiherr von Richthofen ialah seorang jurutera manakala ibunya Marisia bekerja sebagai pakar psikiatri. Suzane juga mempunyai seorang adik lelaki bernama Andreas Freiherr von Richthofen.

Hubungan cinta antara Suzane dan Daniel

Pada tahun 1999, Suzane belajar seni pertahanan diri iaitu Jiu-Jitsu Brazil dan bertemu dengan Daniel Cravinhos di situ sebelum mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Pada awalnya, ibu bapa Suzane menerima baik hubungan anak mereka dengan Daniel. Namun, mereka mula menentang hubungan tersebut selepas mendapat tahu Daniel hanya menghisap ganja setiap masa.

Daniel pun tinggal bersama Suzane dan adiknya selama sebulan selepas ibu bapa Suzane pergi melancong. Apabila ibu bapanya pulang dari percutian tersebut, Suzane meminta bapanya untuk membeli sebuah pangsapuri supaya dia boleh tinggal bersama Daniel tetapi ia tidak diendahkan lelaki tersebut.

Hari pemergian ibu bapa Suzane

Pada 31 Oktober 2002, Suzane matikan sistem penggera dan membuka pintu garaj supaya Daniel serta Christian boleh masuk ke dalam rumah tersebut.

Sebaik sahaja Suzane kembali ke ruang tamu, Daniel dan abangnya terus pergi ke bilik tidur dengan membawa palang besi untuk memukul ibu bapa Suzane.

Selepas melihat ibu bapa Suzane masih bernyawa meskipun dalam keadaan berdarah, Daniel dan Christian menjerat leher bapa Suzane dengan tuala basah sehingga lelaki itu meninggal dunia.

Ibu Suzane yang masih nyawa-nyawa ikan telah ditekup menggunakan plastik sehingga dia tidak bernafas. Selepas memastikan kedua-dua individu tersebut sudah tiada, barulah Daniel dan Christian turun semula ke ruang tamu.

Mereka sepahkan barang-barang di rumah untuk membuat pemergian ibu bapa Suzane kelihatan seolah-olah berpunca daripada rompakan sebelum mengambil duit dari almari mereka.

Suzane membuat laporan polis

Selepas semuanya selesai, Suzane dan Daniel pergi ke motel manakala Christian pergi ke restoran makanan segera kononnya untuk membuktikan mereka bertiga tidak ada kaitan dengan insiden tersebut.

Suzane dan Daniel pergi ke kafe siber untuk mengambil Andreas sebelum pulang ke rumah. Andreas menjerit seperti orang gila apabila melihat keadaan rumah yang berterabur dan mendapati ibu bapanya telah pun pergi selama-lamanya.

Suzane membuat panggilan polis untuk membuat laporan dengan berkata rumah mereka telah dipecah masuk tetapi salah seorang polis di situ tidak percaya rumah wanita tersebut telah dirompak.

Suzane akhirnya mengaku bersalah

Sumber: RPG Maker

Walaupun ibu bapanya baru sahaja meninggal dunia beberapa jam sebelum itu, Suzane masih sempat menyambut hari lahirnya dengan gembira bersama rakan-rakan. Selain Suzane, Christian juga membeli sebuah motosikal beberapa hari selepas itu secara tunai.

Selepas beberapa sesi soal jawab, Suzane akhirnya mengaku bersalah. Suzane dan Daniel dipenjarakan selama 40 tahun manakala Christian menerima hukuman sepanjang 38 tahun. Adik lelaki Suzane membuat aduan untuk menamakan semua harta ibu dan ayah mereka kepadanya.

Penulis:

  • Nurul Syaziera Amiruddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan¬†dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca