Ambil Masa 7 Hari Untuk Dibina, Kucing Ini Musnahkan Patung Doraemon

Setiap individu yang mempunyai haiwan peliharaan tahu bahawa kucing bukan sahaja merupakan seekor haiwan yang comel tetapi turut mempunyai gelagat yang tersendiri.

Baru-baru ini, seorang pekerja kedai permainan di Thailand mengalami sebuah detik malang tetapi melucukan dalam hidupnya apabila patung Doraemon yang dibina olehnya musnah.

Beliau dilaporkan mengambil masa selama tujuh hari untuk menyusun 2,432 blok kecil bagi membentuk figura watak kartun terkenal dari Jepun itu dengan sempurna.

Sumber: Mirror

Namun, semua usahanya menjadi sia-sia selepas suspek yang merupakan seekor kucing tanpa segan silu telah memusnahkan figura berkenaan.

Sumber: Mirror

Lelaki itu memuat naik sebuah perkongsian di akaun Facebook miliknya mengenai perasaannya saat kucing itu memusnahkan figura berkenaan dalam sekelip mata.

Walaupun dia agak kecewa pada mulanya tetapi lelaki itu tidak mampu untuk marah kucing itu kerana ia terlampau comel.

Rata-rata warganet amat terhibur dengan kisah kenakalan kucing berkenaan di laman Facebook.

Untuk semua yang mempunyai haiwan peliharaan, adakah anda mengalami situasi ini setiap hari?

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai gelagat haiwan peliharaan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca