Amber Heard Mengaku Dera Dalam Rakaman, Johnny Depp Memberi Keterangan

Johnny Depp ada merakam perbalahan antara dia dan Amber Heard. Rakaman dimainkan di hadapan juri sebagai contoh kelakuan Heard ketika bersamanya.

Rakaman dimulakan dengan Depp menerangkan kepada Heard tentang apa yang berlaku pada malam sebelumnya.

Heard kedengaran seperti tidak mahu mendengar penjelasan Depp di dalam rakaman itu. Dia hanya mengalah dan tidak mempertahankan dirinya untuk menidakkan yang dia ada memukul Depp pada malam itu.

“Kenapa awak sedaya upaya mahu saya ingat apa yang berlaku sebagaimana awak ingat kejadian semalam? Saya dah minta maaf. Saya tidak menafikannya.” kata Heard ketika memotong penjelasan Depp.

Rakaman seterusnya fokus kepada perdebatan mereka tentang Depp sering kunci dirinya dalam bilik tidur atau bilik air ketika bergaduh. Depp beritahu Heard bahawa dia buat sedemikian ialah untuk elakkan pergaduhan itu menjadi teruk seperti mana kejadian di Australia dahulu, di mana mereka pernah bergaduh hingga hujung jari Depp cedera.

Heard membalas kata-kata Depp dengan menerangkan kelakuan Depp itu seperti melarikan diri dari menyelesaikan masalah mereka dan Depp juga menjelaskan yang masalah mereka tidak akan selesai kerana tiap kali dia pergi untuk bertenang sebentar, Heard akan serta-merta menghentam pintu supaya Depp keluar.

Rakaman ketiga kedengaran Heard marah Depp kerana buka pintu hanya kerana Heard akan membaling perkakas rumah. Heard dengan intonasinya yang masih tidak puas hati, mengaku dia sering membaling barang dan perkara ini bagi Heard, tiada hubungan dengan topik pergaduhan mereka.

Rakaman terakhir pula merakamkan Heard menjelaskan pada Depp dengan geram bahawa dia tidak tumbuk Depp tatapi hanya memukulnya sahaja.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca