Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh oleh segelintir masyarakat apabila kita tidak menyedari kepentingannya. Buah pinggang adalah merupakan antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kotoran seperti toksin. Mengapa perlu menjaga kesihatan buah pinggang?
Hal ini demikian, toksin menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan anda. Namun, apabila toksin keluar melalui perkumuhan maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama. oleh itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.
Penulis akan share dengan anda 3 cara untuk menjaga kesihatan buah pinggang:
1. Minum Air Kosong Dengan Banyak
Minum air yang banyak dapat membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Selain itu, minum air yang banyak melebihi lapan gelas sehari juga akan membantu mengatasi masalah batu karang serta dapat menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan kita.
2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan Garam
Seterusnya, anda boleh mengurangkan pengambilan makanan yang sudah diproses kerana ia mengandungi kandungan gula dan garam yang mampu merosakkan buah pinggang anda. Anda dinasihatkan untuk mengambil lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menyihatkan lagi organ dalaman anda.
3. Masukkan Ikan Dalam Menu Harian
Selain itu, anda disarankan untuk makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, ikan kembung dan sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang anda.
Oleh itu, pentingnya penjagaan kesihatan buah pinggang sejak awal sementara ia masih berfungsi sepenuhnya. Anda juga perlu mengamalkan cara hidup yang sihat dari awal supaya tidak memakan belanja ribuan ringgit untuk “menapis” segala kotoran dalam darah gara-gara buah pinggang gagal berfungsi.
Untuk mengetahui isu-isu terkini, anda boleh terus ikuti di Telegram Lejen Press.