Alvin Goh dan Addy Kanna Ditahan Mengikut POCA

Kecoh berkenaan isu Macam Scam beberapa bulan ini, akhirnya dalang utama kegiatan perjudian dalam talian, Alvin Goh dan Addy Kanna telah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi anggota polis selama dua tahun.

Difahamkan, Alvin Goh atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis. Manakala, Addy Kanna akan ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah dan seorang lagi anggota polis dari Kontinjen Selangor pula akan ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Sumber: The Star

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed telah mengesahkan penahanan terbabit dan akan turut mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat ini.

Seperti yang sedia maklum, Alvin dan Addy terdahulu telah ditahan pada 2 dan 3 Oktober lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan perjudian dalam talian yang mensasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

Sumber: BuzzKini

Keputusan semua hukuman tahanan selama dua tahun telah diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lalu. SPRM juga turut menahan dan menyoal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang dipercayai melindungi sindiket ini.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca