Alunan Lagu The Beatles Iringi ‘Frontliners’ Dan Pesakit COVID-19 Di Hopsital Amerika Syarikat

Setakat ini, sejumlah 1,904,566 kes direkodkan di seluruh dunia akibat penularan wabak COVID-19. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kakitangan perubatan untuk menghilangkan keletihan selepas bekerja keras untuk merawat pesakit COVID-19.

Ada sesetengah daripada mereka yang merakam video TikTok dengan gaya lucu, ada juga yang cukup hanya untuk mendengar muzik.

Bagi sebuah hospital di Long Island New York, Amerika Syarikat, lagu The Beatles dimainkan setiap hari melalui pembesar suara.

Lagu lagenda dari kumpulan yang dilahirkan di British seperti ‘Here Comes the Sun’ dimainkan bagi menaikkan semangat pesakit COVID-19 dan juga para pegawai perubatan, dari jururawat sehingga doktor pakar.

Lirik lagu itu memang membawa maksud kegembiraan. Malah, lagu ini telah menjadi lagu wajib untuk dimainkan setiap kali pesakit COVID-19 diisytiharkan sembuh dan dibenarkan pulang.

Selain daripada lagu The Beatles, lagu penyanyi wanita Australia, Starley, ‘Call on Me’ juga turut diputarkan di salah satu  hospital di Mount Sinai.

Di New Jersey pula, lagu tema filem Rocky bergema di Pusat Perubatan Wilayah St. Joseph apabila pengarah hospital James Pruden diisytiharkan sembuh dari wabak COVID-19.

Untuk rekod, Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19 dengan mencatat lebih 500,000 kes di sana. Manakala lebih 100,000 orang telah dilaporkan meninggal dunia.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca