Tidak Bahagia Hidup Mewah, Aliff Syukri Hanya Mahu Jadi Orang Biasa

Datuk Seri Aliff Syukri terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai.

Untuk dijadikan cerita, nama Aliff Syukri kini menjadi bualan ramai selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu pergolakan rumah tangga dan mencubit anak angkatnya yang berusia dua tahun.

Namun, usahawan kosmetik itu berkata bahawa kemewahan dan populariti yang dimiliki olehnya bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

“Dulu waktu saya susah, saya sangkakan kita akan seronok apabila kita ada duit tetapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa,” ujarnya.

Tambahnya, “Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara.”

Memetik laporan Gempak, Aliff hanya mahukan kehidupan seperti orang biasa apabila ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini.

Jelasnya, “Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula.”

Walaupun begitu, Aliff menganggap bahawa apa yang berlaku dalam hidupnya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

Kini muncul dengan single Cuba Bahagia, penyanyi Bobo Di Mana itu tampil dengan lagu baharu yang dikatakan merupakan gambaran perasaan hatinya yang sedih dengan apa yang dilaluinya kini.

Sementara itu, usahawan kosmetik itu berkata bahawa dia hampir mengambil nyawanya sendiri kerana terlalu tertekan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Aliff Syukri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca