Aliff Syukri Gigih Belajar 6 Bulan Untuk Lulus Ujian Masuk UiTM

Pernah menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi serta memiliki segulung ijazah, akhirnya impian Datuk Seri Aliff Syukri menjadi kenyataan apabila diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bagaimanapun, ada segelintir warganet yang mempertikaikan kelayakannya dan menuduh Aliff menggunakan kekayaan untuk masuk ke universiti tersebut.

Aliff sangat terkilan dengan dakwaan tersebut sedangkan apa yang diperolehnya itu adalah atas usaha dan pengorbanannya. Melalui kapsyen yang ditulis di laman Instagramnya baru-baru ini, Aliff menyatakan bahawa dia gigih belajar selama enam bulan bagi memastikan dirinya lulus ujian kelayakan.

Bakal mengikuti kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam, Aliff menjelaskan bahawa dia mahu mendapatkan segulung ijazah kerana enggan dipandang rendah serta dilabel sebagai seorang yang tiada pendidikan.

Terdahulu, Aliff juga berkata dia ingin membuktikan dirinya masih waras dan tetap bersemangat untuk terus berjaya meskipun sering dikecam dan dihina oleh warganet.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca