Alif Satar Lega Anak-Anak Dan Isteri Negatif COVID-19

Selebriti ternama tanah air, Alif Satar mengesahkan bahawa isteri dan anak-anaknya bebas daripada jangkitan COVID-19 menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Alif yang juga merupakan pengacara program Big Stage itu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mendoakan keselamatan dirinya dan keluarga.

“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas daripada COVID-19 dan mereka akan terus menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu.

Sumber: Instagram @alifsatar

Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram serta WhatsApp. Alif baca semua mesej berkenaan dan ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas doa tuan-tuan serta puan-puan sekalian.

Terima kasih atas semua yang anda telah lakukan untuk keluarga saya dan Alif. Saya doakan Allah SWT akan memakbulkan doa anda dan ahli keluarga juga. Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengurus Alif iaitu Adlina Abu Bakar menyatakan bahawa ibu bapa Alif iaitu Nor Hafiza Muhammed dan Mohamed Satar Ramli serta adiknya yang dikenali sebagai Jim juga disahkan positif selepas menjalani ujian saringan tempoh hari.

Alif mengikat tali perkahwinan bersama isterinya iaitu Shadila Halid pada 15 September 2014. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.

Semoga Alif dan ahli keluarga dikurniakan kesihatan serta segera sembuh.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca