Alif Satar Komen Status Rakan Artis, Mohon Maaf Kepada Setiap Seorang Sebab Jadi Kontak Rapat COVID-19

Seperti yang kita sedia maklum, semalam, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya dan memaklumkan dirinya positif COVID-19.

Susulan berita tersebut, Semi Final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang sepatutnya berlangsung malam semalam terpaksa dibatalkan. Rakan artis dan kru yang terlibat perlu mengambil ujian swab test dengan kadar segera.

Antara rakan artis yang memuat naik pengalaman melakukan swab test semalam ialah Sherry Al Hadad, Ernie Zakri, Syamel, Naim Daniel dan ramai lagi!

Merasa sedih dan bersalah atas apa yang berlaku, Alif Satar dilihat meninggalkan komen maaf kepada hampir semua rakan artisnya yang mengambil ujian swab test.

Menurut Alif, dia pada asalnya tidak tahu dijangkiti wabak tersebut dan berharap agar rakan artis yang lain tidak turut sama dijangkiti.

Walau bagaimanapun, rakan artis yang lain sangat memahami dan mereka sama sekali tidak menyalahkan Alif.

Kami di Lejen Digital mendoakan yang baik-baik sahaja buat Alif dan keluarga.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca