Pengarah dan penerbit Malaysia, Michael Ang mengakui sudah memeluk Islam kira-kira setahun yang lalu. Sebelum ini, banyak spekulasi telah dibuat oleh ramai orang tentang status agamanya.
Semalam, Michael telah memuat status tentang penghijrahannya di akaun Instagram miliknya. Perkongsian ini telah dibuat oleh beliau kerana tidak mahu membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Beliau juga menyarankan untuk menonton video eksklusif tentang pengakuannya di laman YouTube Official Ria X. Selepas video tersebut tular di media sosial, segala persoalan akhirnya terjawab berkenaan status agamanya.
“Alhamdulillah, kini saya sudah lebih setahun bergelar seorang Muslim. Saya sudah bersedia untuk berkongsi mengenai perkara ini.” katanya menerusi video eksklusif di laman YouTube Official Ria X.
“Sejujurnya masih banyak perkara yang harus saya pelajari lagi. Apabila saya menunaikan solat Jumaat, saya perlu berterus terang kepada masyarakat daripada melihat saya di masjid dan memperkatakan perkara ini.” ujar beliau lagi.
Ramai orang mengucapkan rasa bersyukur kepada Michael Ang kerana memeluk Islam dan berharap agar beliau terus kekal istiqamah serta dipermudahkan urusannya dalam menjalani ibadah.