Alexis Sanchez telah memberitahu kepada umum tentang apa yang telah dilakukan oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk mengubah sikap para pemain kendaliannya di Manchester United. Pendekatan lebih menyerang Solskjaer bukan sahaja telah membakar semangat beliau dan para pemain Manchester United tetapi turut membangkitkan semua orang dari ‘tidur’.

Sanchez berpindah dari Barcelona ke Arsenal dengan tanda harga £30 juta dan telah berjaya menjaringkan 80 gol dalam tiga setengah musim beliau di Emirates. Namun prestasinya merudum teruk sejak berpindah ke Manchester United 12 bulan yang lalu. Antara faktor yang dilaporkan menjadi penyebab kemerosotan prestasi beliau adalah perselisihan faham dengan Jose Mourinho dan beberapa siri kecederaan yang dialaminya, termasuklah yang terbaru ini iaitu masalah hamstring semasa mencatatkan kemenangan ke atas Reading dalam pusingan ke-3 Piala FA.
“Para pemain ketika ini adalah muka yang sama Ole Gunnar Solskjaer ada seperti mana ketika waktu Mourinho di sini. Namun sekarang kami lebih efektif dalam membuat serangan dan kami juga mampu untuk bertahan dengan lebih baik.” ujar Sanchez.
4 perkara yang dikongsikan beliau tentang Ole Gunnar Solksjaer adalah:
1. “Fakta bahawa dia mempunyai banyak sejarah bersama kelab ini membuka banyak ruang dan peluang apabila dia bersuara. Falsafahnya adalah untuk menyentuh bola dengan lebih kerap, mengawal permainan dan menjaringkan gol.”
2. “Kita semua tahu bahawa peranannya di padang pada suatu ketika dahulu sebagai pemain adalah sebagai penyerang, namun dia masih mahukan kami menjaga kawasan penalti kami dengan baik.”
3. “Itulah cara anda mendapat hasil yang lebih baik. Antara perkara yang pengurus beritahu kami adalah kami boleh memperbaiki situasi dan keputusan semuanya atas kehendak dan cara diri kami sendiri.”
4. “Dia berkata bahawa segala-galanya bergantung atas diri kami sendiri dan ia tugas kami untuk memperbaiki kedudukan di dalam carta liga.”
Pemain dari Chile ini turut mengakui suasana di United bertambah baik pada ketika ini- walaupun dalam masa yang sama beliau turut berhati-hati untuk tidak cenderung menyalahkan Jose Mourinho atas apa yang telah berlaku sebelum ini.
“Pada akhirnya, keputusan yang dicatat adalah apa yang menjadi perkara pokok dalam bola sepak, dan kami ketika ini berasa lebih senang dan gembira berbanding sebelum ini.” ujar pemain berusia 30 tahun itu.
Sumber: Mirror UK