Album Kahwin Rosak Kerana Banjir, ‘Keluhan’ Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

Selain harta asas seperti kereta dan peti sejuk, bencana banjir turut melenyapkan objek yang menyimpan kenangan atau memori indah sepanjang hidup.

Seperti yang menimpa seorang penduduk Taman Desa Indah di Meru, Klang, N. Umapathy dilihat ‘mengeluh’ kerana kerosakan yang berlaku akibat banjir.

Menerusi temu ramah bersama wartawan Malaysia Gazette, beliau berkata album kenangan perkahwinan bersama suaminya rosak dalam sekelip mata kerana ditenggelami air banjir dan lumpur.

Sumber: Twitter Aiyuri

“Kita mana boleh kahwin lagi kan. Semua foto berkenaan diambil di studio untuk pra-perkahwinan kami selepas pendaftaran perkahwinan 20 tahun lalu dan kami simpan demi memori indah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, wanita itu siap bergurau ingin mengajak suaminya berkahwin sekali lagi tetapi lelaki terbabit tidak mahu.

“So, dah tak boleh kahwin lagi. Muka yang sama juga kita nak kahwin balik. Nak ambil gambar dah tak sama cun macam dulu. Kita memang ajak suami kahwin lagi tapi dia tak nak lah,” tambahnya lagi dalam nada jenaka.

Gelagatnya yang bersahaja ketika menceritakan kerosakan gambar perkahwinan 20 tahun lalu membuatkan ramai orang terhibur lebih-lebih lagi apabila wanita itu sempat membuat lawak walaupun keadaannya pada ketika itu sangat memilukan.

Dalam pada itu, Malaysia Gazette melaporkan wanita itu berkata mereka sekeluarga tiada di rumah semasa kejadian kerana keluar mengambil anak di rumah kakaknya di Bandar Bukit Raja.

Apabila laluan utama telah ditutup akibat banjir teruk, mereka terpaksa meninggalkan kereta mereka tepi jalan sebelum berjalan kaki untuk pulang ke rumah kakaknya.

Sebaik sahaja tiba di rumah semula, keluarga N. Umapathy mendapati banyak harta sudah mengalami kerosakan dan terpaksa dibuang. Segala dokumen penting keluarga seperti dokumen kelahiran, sijil pendaftaran perkahwinan dan buku teks sekolah anak turut musnah kerana banjir.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca