Seorang remaja lelaki terima padah apabila dia bertindak memasukkan alat sulitnya ke dalam lubang paip besi dan ia akhirnya gagal untuk dikeluarkan. Kejadian ini berlaku di kediamannya dekat Tangkak, Johor. Anggota tubuh itu dipercayai tersekat kira-kira sejam.

Menurut Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden malang itu dan bergegas ke kediaman mangsa pada jam 10 malam Isnin.

Sebaik sahaja tiba di sana, mangsa yang berusia 16 tahun itu sedang cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan alat sulitnya yang tersekat di besi paip berkenaan tetapi usahanya itu gagal.

“Besi sepanjang kira-kira 6 inci dengan diameter bersaiz 5 milimeter itu tidak lagi digunakan,” katanya.

“Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, setelah paip berkenaan dipotong, alat sulit mangsa masih gagal untuk dikeluarkan. Perkara ini menyebabkan kes itu terpaksa dibawa ke hospital kerana pihak bomba khuatir sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini terhadap alat sulit mangsa.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk kerja mengeluarkan paip besi yang telah dipotong tadi.”

“Kes berjaya diselesaikan dengan kepakaran pihak hospital dan mangsa dilaporkan stabil.”

“Namun, kejadian itu menyebabkan alat sulit mangsa bengkak serta luka kecil,” katanya.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda