Alami Simptom Sakit Bila Buang Air Kecil, Lelaki Ini Rupanya Dijangkiti Penyakit Kelamin

Penyakit kelamin adalah penyakit yang menjangkiti manusia menerusi aktiviti hubungan seks oral atau hubungan kelamin.

Jika mengikut angka yang diperoleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih daripada satu juta kes baru empat jenis penyakit jangkitan seksual dikesan setiap hari.

Empat jenis tersebut adalah klamidia, gonorrhea, trikomoniasis dan sifilis.

Baru-baru ini seorang pakar perubatan berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang pesakit yang disahkan positif dijangkiti gonorrhea.

Semuanya berlaku apabila pesakit tersebut datang dan mengadu mengenai masalah yang dihadapinya setiap kali membuang air kecil.

Namun, doktor tersebut cuba untuk mendapatkan jawapan sebenar daripada pesakit tersebut agar penyakit sebenar yang dihidapi dapat didiagnosis dengan tepat.

Rupanya pesakit itu menghidapi gonorrhea iaitu jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhea .

Bakteria boleh berjangkit dari seorang individu ke individu yang lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral dan gejala ini akan timbul dua hingga tujuh hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Sebenarnya, gonorrhea adalah lebih bahaya sekiranya tidak dirawat kerana ia boleh menyebabkan penyakit radang pelvik bagi remaja perempuan.

Bagi remaja lelaki, ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan kemaluan menjadi sakit dan bengkak.

Lebih membahayakan, gonorrhea boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV.

Penyakit ini lebih kerap merebak dalam kalangan orang muda disebabkan tabiat mereka yang gemar menjalinkan hubungan seksual dengan lebih satu pasangan.

Kesimpulannya, untuk mengelak perkara ini berlaku maka jauhilah daripada seks bebas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca