Alami Kerugian Besar Dengan Kripto, Lelaki Ini Saman Elon Musk Lebih RM1 Trilion

Seorang pelabur mata wang kripto, dogecoin telah mengemukakan saman terhadap Elon Musk selepas nilai mata wang kripto itu turun selepas dipromosikan Elon Musk.

Dilaporkan bahawa saman yang dikemukakan kepada Musk dan syarikatnya, Tesla dan SpaceX ialah sebanyak AS$258 bilion (RM1.13 trilion).

Pelabur tersebut, Keith Johnson, menyifatkan dirinya yang mengalami kerugian selepas melabur dalam dogecoin, sebagai ‘seorang rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa penipuan Skim Piramid Kripto Dogecoin’.

Alami kerugian besar dengan dogecoin, Johnson bertindak menyaman Musk.

Justeru, dia meminta agar pihak yang betanggungjawab dikenakan undang-undang. Dia ingin tindakan undang-undangnya ini diklasifikasikan sebagai saman berkumpulan untuk mewakili semua pihak yang mengalami kerugian akibat melabur bersama dogecoin sejak 2019.

Menurut anggaran Johnson, semenjak Elon Musk mempromosikan mata wang Dogecoin, pelabur-pelabur mengalami kerugian sekitar AS$86 bilion (RM378.19 bilion).

Selain daripada membayar jumlah tersebut, dia juga mahu Musk membayar ganti rugi tambahan berjumlah AS$172 bilion (RM756.37 bilion).

Untuk maklumat pembaca, dogecoin diasaskan pada tahun 2013. Menurut pengasas-pengasasnya, dogecoin pada awalnya hanya dibuat sebagai satu bentuk jenaka.

Ia merupakan satu bentuk ironi terhadap dua fenomena internet iaitu matawang kripto seperti bitcoin dan imej meme anjing Shiba Inu.

Pada awal 2021, nilai mata wang kripto itu melonjak naik dan meningkat kepada AS$0.73 (RM3.21) pada Mei tahun berkenaan. Semua ini terjadi kerana saga GameStop mendorong pembelian besar-besaran mata wang tersebut ditambah lagi dengan komen jenaka Musk tentangnya.

Namun kelmarin, nilai mata wang kripto tersebut adalah kurang daripada enam sen.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh tekan pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca