Alami Kegagalan Jantung, Pelakon Suara Nobita Meninggal Dunia

Pada usia 89 tahun, pelakon suara pertama bagi karakter Nobita dalam siri animasi jepun Doraemon, Yoshiko Ota, meninggal dunia. Dilaporkan oleh Portal NHK, Yoshiko Ota atau nama sebenarnya, Yoshiko Saka dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 29 Oktober lalu di Hospital Kanagawa, Jepun.

Namun begitu, berita kematiannya hanya diumumkan oleh The Theater Echo Company pada 8 November, Isnin lalu.

Yoshiko Ota. Sumber: Theater Echo Group

Yoshiko Ota lahir pada 25 April 1932 di Hyogo. Beliau mula menceburi dunia animasi sebagai pelakon suara pada 1947 di bawah pengurusan, Takarazuka Revue. Beliau menjadi pelakon suara pertama bagi watak Nobita pada tahun 1973.

Selain dalam animasi Doraomen, Ota juga turut memainkan watak ikonik untuk animasi lain termasuk watak Leo untuk Jungle Emperor Leo pada 1966, Atsuko Kagami dalam Himitsu no Akko-chan anime (1969) dan Baby Panda untuk Panda! Go, Panda! (1972).

Suara emas beliau bukan sahaja digunakan di pentas jepun bahkan dipinjam untuk memainkan watak dalam animasi Hollywood seperti watak Mary dalam Peter Pan dan watak Vixey dalam The Fox and the Hound.

Siri animasi Doraemon mendapat sambutan baik daripada banyak negara termasuklah Malaysia.

Pada tahun 1964 beliau bersama dengan suami, Osamu Saka, juga seorang pengisi suara, berpindah ke Tokyo dan menyertai Theater Echo Group di pentas panggung, televisyen dan sebagai pengisi suara.

Atas bakat dan sumbangannya dalam bidang animasi, beliau dianugerahkan Anugerah Sepanjang Hayat di Tokyo Anime Award Festival pada tahun 2016. Pemergiannya ini pasti dirindui peminat-peminat tegar animasi popular jepun Doraemon yang dikenali di serantau Asia.

Untuk baca artikel artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca