Alamat Si Dia Tidak Setia Dengan Anda, Ketahui 3 Tanda Mengikut Pakar Motivasi Mario Teguh

Pernah dengar petua orang dahulu yang sering mengingatkan kita agar tidak meletakkan harapan dan kepercayaan sepenuhnya kepada sang kekasih? Berkasih, berkasih juga. Namun, awas! Jangan sampai diduakan tanpa sedar.

Pasti, menangis tidak berlagu!

Seiring dengan perkongsian pakar motivasi dari seberang iaitu Mario Teguh, berikut penulis senaraikan kepada anda 3 perkara yang menandakan si dia tidak jujur dan setia:

1. Tindak tanduk kekasih

Tindak tanduk sang kekasih dapat dikenal pasti menerusi bahasa badannya. Terdapat dua perkara penting yang perlu
diperhatikan oleh anda terhadap si dia iaitu mata dan gerak tubuhnya.

Melalui pergerakan mata sahaja sudah boleh dikenal pasti sama ada dia setia atau tidak. Sebagai contoh, si dia sering melarikan anak matanya daripada tepat memandang ke arah anda sewaktu memberikan alasan atau sebab sesuatu perkara berlaku.

Bukan itu sahaja, si dia juga cenderung untuk mengalihkan tumpuan matanya daripada anda setiap kali ada kelibat wanita atau pemuda lain yang berada di kawasan tersebut.

Dari aspek gerak tubuhnya, si kekasih cenderung untuk berkelakuan seperti ‘gatal’ atau ‘gedik’. Contohnya, mengusap tangan anda berkali-kali dan sebagainya. Fikirkan, jika dengan anda sahaja si dia sudah berani bertindak sedemikian rupa, apa lagi jika dengan orang lain.

2. Sikap dan perwatakan kekasih

Sikap dan perwatakan seseorang juga boleh dijadikan sebagai kayu ukur bahawa dia seorang kekasih yang setia atau tidak. Contohnya, si dia tidak lagi menumpukan perhatiannya kepada anda seperti awal perkenalan dahulu. Dalam erti kata lain, anda bukan menjadi keutamaannya lagi.

Si kekasih akan cenderung mungkir janji seperti berjanji untuk berjumpa namun dibatalkan pada saat-saat akhir. Sering memberi alasan sehingga anda merasa seperti semua tidak seindah dahulu.

Selain itu, sekiranya ditanyakan mengenai latar belakang keluarga atau masa hadapan hubungan kalian, si dia bertindak seperti mengelak atau pun lebih jelas tidak memperlihatkan sebarang perancangan untuk hidup berdua. Awas, ini bukan sahaja petanda dia tidak setia namun berkemungkinan dia juga tidak serius dalam perhubungan ini.

3. Media sosial

Media sosial juga merupakan kunci utama untuk anda selidik sama ada dia setia atau tidak. Rajinkanlah diri anda sekali sekala untuk stalk laman akaun media sosial pasangan masing-masing dan lihat sama ada dia sudah bebas daripada masa lalunya atau tidak.

Sekiranya dia masih menyimpan gambar dan kenangannya bersama kekasih lama di Facebook, Instagram atau Twitter, maka berhati-hatilah.

Contoh lain yang boleh dilihat ialah apabila si dia bertindak untuk meletakkan kata laluan di telefon bimbitnya. Lebih parah lagi apabila dia enggan menjawab panggilan telefon di hadapan anda.

Bukan itu sahaja, sekiranya dia lebih cenderung untuk ke tempat lain sewaktu menjawab sesuatu panggilan, ini menandakan ada sesuatu yang sedang disorok daripada pengetahuan anda.

Semoga perkongsian ini mampu membawa manfaat kepada anda. Segala keputusan terletak di tangan anda. Sekiranya masih terdapat keraguan terhadap si dia, mintalah petunjuk pada yang Esa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca