Al-Madinah International University (MEDIU) Tawarkan Pendidikan Komprehensif Buat Para Pelajar

Al-Madinah International University (MEDIU) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Multimedia Koridor Raya (MSC). Ia beroperasi sepenuhnya di Malaysia dan mempunyai beberapa pusat pembelajaran dan perkhidmatan di luar negara .

MEDIU juga merupakan sebuah universiti yang berkonsepkan waqaf di mana ia sama sekali tidak berasaskan keuntungan. Ia menawarkan peluang buat mereka yang ingin menyambung pengajian di peringkat Persijilan, Diploma, Pra Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Menariknya, kursus dan pembelajaran yang yang ditawarkan di MEDIU adalah berbentuk fleksibel. Para pelajar berpeluang menikmati pelbagai pendekatan pembelajaran yang sangat kondusif menerusi kursus-kursus di MEDIU.

Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk menggunakan perisian mesra yang dibangunkan dan ditulis oleh pakar-pakar melalui Sistem Pembelajaran & Sistem Pengurusan Interaktif (ALIM). Ciri-ciri komprehensif ALIM yang disediakan akan membantu pelajar untuk melaksanakan pembelajaran secara individu atau secara berkumpulan melalui:

  • e-Forum
  • Kelas Maya
  • Tugasan
  • Kuiz
  • Kursus dikendalikan oleh pensyarah dan tutor yang berpengalaman

MEDIU sangat komited dalam memastikan kemajuan akademik para pelajar dengan barisan pensyarah dan tutor yang berpengalaman serta bertauliah.

MEDIU secara amnya menawarkan pengajian berorientasikan pengkhususan Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang terdiri daripada enam fakulti pengajian iaitu Fakulti Sains Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Kewangan dan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan.

Untuk menamatkan pengajian di MEDIU dengan sempurna, pelajar dikehendaki melepasi syarat tamat pengajian seperti berikut:

  • Tamat pengajian dan lulus semua mata pelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum kursus pengajian pelajar
  • Mempunyai kedudukan akademik yang baik dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00
  • Bebas daripada laporan negatif Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti atau Pejabat Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

Untuk pengetahuan anda, MEDIU kini sedang membuka pengambilan untuk sesi Februari 2020 bagi pelajar tempatan dan antarabangsa. Berminat untuk menjadi salah seorang graduan lepasan MEDIU? Sila klik di sini untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai prosedur atau cara kemasukan dan pendaftaran di MEDIU.

Anda juga boleh klik pada pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang MEDIU:

Laman web rasmi: www.mediu.edu.my

Instagram: www.instagram.com/madina.university

Facebook: www.facebook.com/mediumalaysia

Twitter: twitter.com/mediumalaysia

YouTube: www.youtube.com/user/mediuvideo

Untuk baca artikel lain berkenaan MEDIU, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca