Al-Aqsa TV Mengutuk Tindakan Israel Yang Telah Menembak Wartawan Palestin

Dua orang wartawan Palestin yang dikenali sebagai Sami Mosran dan Safinaz al-Louh, cedera ditembak peluru getah di timur Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, peluru getah terbabit terkena bahagian mata kiri Mosran dan kecederaan dialaminya itu agak parah.

Wartawan tersebut ditembak ketika membuat liputan ke atas protes “Great March of Return” yang berlaku di tebing Gaza.

Protes ini bermula sejak 30 Mac tahun lalu sehingga sekarang walaupun keselamatan mereka diancam.

Israel menjadikan Mosran dan Safinaz sebagai sasaran peluru hidup dan getah malah langsung tidak mempedulikan gesaan antarabangsa untuk tidak menyakiti rakyat Palestin.

Seramai 97 rakyat Palestin ditembak ketika menyertai protes yang sudah berlangsung selama 67 minggu itu dan 49 mangsa daripada jumlah tersebut terkena peluru hidup termasuk empat anggota paramedik.

Al- Aqsa TV meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat kes berkenaan sebagai jenayah perang kerana Israel telah mencederakan wartawan mereka yang tidak memiliki sebarang senjata.

Mosran adalah salah seorang krew Al-Aqsa yang membuat liputan media tentang protes yang tercetus sejak Mac tahun lalu.

Setiap Jumaat, rakyat Palestin akan berhimpun dan memprotes sepanjang sempadan Gaza-Israel.

Melalui protes “Great March of Return”, rakyat Palestin meminta Israel memulangkan tanah milik nenek moyang mereka yang telah dirampas dari Gaza pada tahun 1948 oleh Zionis.

Ketika itu, tentera Zionis secara paksa memindahkan 750,000 rakyat Palestin daripada kampung halaman mereka untuk membina penempatan baru Israel.

Artikel Lain Untuk Di Baca