Syarikat barangan sukan Adidas dikecam hebat oleh pengguna laman sosial di Indonesia disebabkan koleksi kasut terbaharu mereka.
Kekecohan itu timbul pada enam hari lalu menerusi satu hantaran di laman Instagram Adidas Singapura (adidassg) yang telah melancarkan model terkini kasut mereka, UltraBOOST SEA DNA CITY PACK.
Memetik laporan portal Kosmo, syarikat barangan sukan tersebut menggunakan tema wayang kulit sebagai motif utama dalam rekaan kasut berkenaan.
Difahamkan, pengguna laman sosial dari negara jiran itu berasa bengang apabila @adidassg menyatakan pada hantaran asalnya itu bahawa wayang kulit berasal dari Malaysia.
Susulan daripada itu, pengguna laman Instagram telah ‘menyerang’ pada ruangan komen tersebut dengan menyatakan bahawa wayang kuli berasal dari negara terbabit.



Akhirnya @adidassg telah menukar kembali hantaran di laman Instagram mereka selepas dikecam teruk peminat mereka dari Indonesia dengan menyatakan bahawa wayang kulit berasal dari Indonesia.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: