Akui Tidak Buat Pemeriksaan, Sam Smith Yakin Diri Positif COVID-19

Penyanyi Sam Smith mengakui bahawa dia tidak menjalani ujian saringan COVID-19 namun dia sangat yakin telah dijangkiti virus berkenaan.

Memetik laporan media antarabangasa, Sam Smith memberitahu bahawa dia mengambil langkah untuk menjalani kuarantin di rumah selepas dirinya menunjukkan gejala COVID-19.

“Saya tidak membuat ujian saringan tapi saya yakin 100 peratus bahawa saya dijangkiti wabak berkenaan.

Dua minggu pertama, saya hanya bernyanyi untuk diri sendiri dan saya tidak mahu merakamnya.

Saya hanya mahu berjalan-jalan di rumah dan menyanyi,” katanya.

Selepas Smith, adik perempuannya juga menunjukkan simptom sama.

Mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk mengasingkan diri selama tiga minggu.

Smith yang baharu sahaja melancarkan lagu baharunya I’m Ready duet bersama Demi Lovato berkongsi perkara tersebut bersama Zane Lowe dari Apple Music baru-baru ini.

Lagu baharunya itu kini sudah mencapai 17 juta pendengar di laman YouTube.

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca