Akui Terkesan Dengan PKP, Coretan Aliff Syukri Ini Bikin Warganet Panas

Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman terkejut apabila mengetahui dia tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Aliff berkata bahawa dia turut terkesan sebagai seorang usahawan apabila jualan perniagaannya merudum akibat penularan wabak COVID-19.

“Saya amat terkejut kerana permohonan BPN tidak diluluskan. Bukan sahaja rakyat biasa tertekan dalam keadaan yang begitu getir ini tetapi saya sebagai seorang usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut terjejas dalam situasi ini.

Jualan saya jatuh merudum sebanyak 90 peratus ketika wabak ini berlaku. Saya amat sedih dalam keadaan ini dan berharap rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan untuk mempercepatkan proses ini.

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua orang yang membeli produk saya,” luahnya menerusi sebuah coretan di laman Instagram.

Sementara itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia itu turut berharap kerajaan dapat membantu usahawan sepertinya yang periuk nasi mereka turut terjejas akibat penularan wabak meragut nyawa ini.

Dalam pada itu, tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mengkritik tindakan usahawan kosmetik terkenal itu membuat permohonan bantuan tersebut:

Apa-apa pun, patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan. Jangan pentingkan diri sendiri kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Aliff Syukri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca