Akui Sudah Kering Idea, Pengarah Jung Chul Min Tinggalkan Running Man

Sebut sahaja Running Man, pasti kebanyakan antara pembaca tahu dan pernah menonton rancangan realiti Korea Selatan yang cukup popular itu.

Untuk dijadikan cerita, Jung Chul Min akhirnya mendedahkan punca utama beliau menarik diri daripada program tersebut.

Pengarah penerbitan utama program komedi terkenal itu mendedahkan bahawa beliau mengalami kesukaran untuk mencari idea baharu setiap minggu.

Jelasnya, “Bukan kerja mudah untuk memerah idea baharu bagi mencipta setiap cabaran untuk Running Man yang disiarkan setiap minggu.”

Memetik laporan Soompi, Chul Min yang sudah mengendalikan program itu selama lebih 10 tahun memberi penjelasan bahawa kesihatannya tidak sebaik dahulu.

Update: Producing Director Jung Chul Min Explains His Decision To Step Down From “Running Man”
Sumber: Soompi

Jelasnya, “Saya sudah menjadi penerbit dan pengarah selama lebih 11 tahun dan tujuh tahun berturut-turut pula adalah bersama Running Man.”

Tambahnya, “Kesihatan saya semakin tidak baik ketika ini terutamanya bahagian lutut.”

Dalam pada itu, tugas Chul Min bakal diambil alih oleh pembantunya iaitu Choi Bo Pil.

Menurut laporan, beliau bakal mengarahkan program itu buat kali terakhir pada 18 Februari ini.

Untuk pengetahuan anda, Running Man ialah sebuah program realiti terkenal dari Korea Selatan dan mendapat sambutan baik dari seluruh dunia sejak ia mula ditayangkan pada 2010.

Program itu turut menampilkan lapan orang selebriti iaitu Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Jeon So Min dan Yang Se Chan.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Running Man, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca