Akui Salah Pilih Pelakon Untuk Watak The Ancient One, Ini Penjelasan Kevin Feige

Filem adiwira Marvel, Doctor Strange yang dibintangi oleh Benedict Cumberbatch dan Rachel McAdams telah berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila ia ditayangkan pada tahun 2016.

Jalan cerita Doctor Strange yang dikatakan tidak klise dan sangat unik ini membuatkan para peminat filem Marvel dan semua penonton mind blown ketika menonton filem ini

Semua gambaran magis yang dipaparkan dalam filem ini begitu hebat terutamanya kuasa guru kepada Doctor Strange iaitu The Ancient One. Untuk pengetahuan anda, The Ancient One bebas mengubah struktur bangunan dan muka bumi mengikut apa sahaja kehendaknya.

Walaupun dia berjaya membawa dan menghayati watak The Ancient One dengan baik, presiden Marvel Studios iaitu Kevin Feige membuat pengakuan bahawa pemilihan Tilda Swinton untuk melakonkan karakter itu telah mencetuskan isu stereotaip terhadap pelakon dari Asia.

Ini kerana Kevin dan pengarah Doctor Strange iaitu Scott Derrickson pada mulanya mahukan jalan cerita filem ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak klise

Atas sebab itu, mereka tidak mahu watak The Ancient One itu dipaparkan sebagai seorang guru lelaki Asia tua yang disihir dan berketurunan Asia serta bijak seperti yang biasa diceritakan dalam kebanyakan filem Hollywood dan antarabangsa.

“Kami fikir kami genius dan mahukan Doctor Strange lari daripada jalan cerita klise. Oleh itu, kami tidak mahu The Ancient One dilihat sebagai seorang guru lelaki tua berketurunan Asia yang arif dan bijaksana dalam semua perkara.

Sumber: Deadline

Lebih baik watak ini diolah supaya ia sesuai dilakon oleh pelakon wanita. Ternyata, kami membuat kesilapan dengan tersalah pilih pelakonnya lalu tercetus kontroversi rasis,” ujar Kevin.

Menurut Kevin lagi, “Apa yang pasti, isu ini tidak akan tercetus sekiranya kami mencipta watak The Ancient One berdasarkan versi dalam komik iaitu seorang lelaki tua yang asalnya dari Tibet.”

Marvel mula belajar daripada kesilapan ini dengan membetulkan kesalahan jalan cerita tentang watak The Mandarin dalam Iron Man 3. Menerusi filem adiwira Asia pertama terbitan Marvel iaitu Shang-chi and Legends of the Ten Rings, aktor ternama Hong Kong iaitu Tony Leung Chiu-wai akan membawa watak Mandarin yang sebenar dalam filem itu.

Tony (kiri). Sumber: Inverse

Untuk pengetahuan anda, Doctor Strange in the Multiverse of Madness dijangka akan menemui para penonton pada 22 Mac 2022. Adakah anda teruja dan tidak sabar untuk menonton filem ini?

Anda boleh tonton trailer filem ini di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Marvel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca