Akui Pura-Pura Hamil Untuk Raih Populariti, Ini Penjelasan Lucinta Luna

Penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sengaja mencipta kontroversi bahawa dirinya berbadan dua untuk membuatkan namanya kembali terkenal dan meminta orang ramai untuk tidak ambil serius akan hal tersebut.

Selepas membuat kecoh di media sosial dengan mengumumkan dirinya sedang hamil dengan anak teman lelakinya, Lucinta kerap berkongsi foto-foto perutnya yang semakin membesar dan sempat memberitahu bahawa dia hamil anak kembar.

Memetik laporan IntipSeleb, Lucinta mengaku telah mengambil inspirasi daripada isteri Raffi Ahmad iaitu aktres Nagita Slavina yang sering dilihat cantik walaupun sedang hamil untuk kehamilan palsunya.

Raffi Ahmad dan Nagita Slavina. Sumber: Instagram @raffinagita1717

“Saya ialah peminat mama Gigi (Nagita). Nagita ialah suri teladan (role model) Indonesia. Gambarnya sangat cantik walaupun diambil dari pelbagai sudut yang berbeza.

Kehamilan palsu itu adalah untuk menghiburkan para pengikut Instagram saya. Saya bosan jadi berita kehamilan itu adalah hanya untuk menghiburkan orang lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lucinta turut mendedahkan bahawa teman lelaki ‘mat salleh’ iaitu Idris tidak tahu bahawa dia merupakan seorang transgender.

“Saya kan sudah tidak laku dekat sini. Saya cari ‘mat salleh’ yang tidak tahu latar belakang saya. Idris tidak tahu. Apabila saya kenalkan dia kepada umum, ramai wanita yang hantar direct message untuk berkenalan dengan dirinya. Model dan instafamous pun ada tetapi dia tetap cintakan saya,” ujar Lucinta lagi.

Sumber: Instagram Lucinta Luna

Penyanyi Bobo Di Mana itu turut memberitahu teman lelakinya sering manjakan dirinya dengan wang dan hadiah mewah, “Kekasih berikan 100 juta rupiah (RM28,746) dan saya habiskan untuk beli berlian.

Selepas itu, dia berikan lagi wang. Ini yang buat wanita suka. Sudahlah kacak, badannya pun seperti atlet buat saya jadi tergila-gila.”

Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca