Akui Pernah Curang, Ini Reaksi Will Smith Terhadap Pengakuan Jada Pinkett

Will Smith dan Jada Pinkett telah tampil dalam sebuah program bual bicara Red Table Talk untuk merungkaikan kisah kejatuhan rumah tangga mereka.

Aktres itu mengaku telah menjalinkan hubungan bersama penyanyi August Alsina ketika dia dan Will masih lagi bersama. Jada kemudiannya menjelaskan hubungan sulit itu berlaku dalam tempoh dia dan Will bakal melalui fasa perpisahan.

August Alsina dan Jada Pinkett Smith. Sumber: Page Six

Sementara itu, Will menggambarkan tujuan perpisahan dalam jangka waktu tertentu itu untuk memberi ruang kepada dia dan Jada untuk mencari kebahagiaan yang mereka inginkan.

Jada pun menambah, “Dari situ, saya telah menjalinkan hubungan dengan August.”

Jada menambah bahawa tujuan perbincangan ini dilakukan adalah untuk membersihkan nama suaminya yang didakwa telah memberi keizinan kepada aktres berkenaan untuk menjalinkan hubungan dengan August.

Bagi yang masih keliru, August mengesahkan dalam satu temu bual bahawa dia dan Jada menjalinkan hubungan semasa wanita itu masih lagi bersama Will. Penyanyi itu turut mengatakan hubungan itu dibina atas pengetahuan dan restu penuh daripada aktor tersebut.

Jada berkata sebagai respons, “Satu-satunya orang yang boleh memberi kebenaran dalam keadaan tertentu adalah saya.”

Sementara itu, pelakon The Pursuit of Happyness itu mengaku pernah terfikir bahawa dia dan isterinya tidak akan pernah bertegur sapa lagi namun pasangan itu kini telah berdamai dengan Jada menggambarkan hubungan mereka sebagai cinta tanpa syarat.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet kecewa dengan tindakan Jada:

Will mendirikan rumah tangga bersama Jada pada tahun 1997 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jaden dan Willow.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti antarabangsa, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca