Akui Lalai, Jururawat Ini Mohon Maaf Kerana Beri Vaksin Kosong Kepada Seorang Pemuda

Seorang jururawat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu sidang media semalam. Menerusi permohonan maaf itu, beliau mengaku kelalaiannya selepas dilaporkan telah memberi suntikan vaksin kosong kepada seorang pemuda di Jakarta, Indonesia.

Sambil menangis, jururawat itu menjelaskan bahawa beliau telah memberi suntikan kepada 599 orang pada hari kejadian (9 Ogos) sehingga menyebabkan dirinya menjadi lalai.

Atas sebab itu juga, beliau akui tidak sedar telah memberikan vaksin kosong kepada salah seorang penerima berdasarkan laporan Tribunnews.

Mengaku silapnya, wanita itu menyatakan bahawa beliau terima hukuman dan tindakan terhadapnya. “Pada hari itu, saya vaksin 599 orang. Saya minta maaf. Saya tidak ada niat apa pun. Saya akan mengikuti segala proses yang bakal menyusul,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya iaitu Komisioner Yusri Yunus mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Menurut sumber lagi, jururawat itu telah ditahan Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara. Yusri berkata bahawa jururawat itu telah ditahan kerana video suntikan vaksin kosong itu tular di media sosial.

Sumber: Tribunnews

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya itu turut menjelaskan bahawa insiden suntikan vaksin kosong itu turut disaksikan oleh beberapa saksi iaitu ibu bapa penerima berkenaan.

Untuk rekod, jururawat itu akan disiasat di bawah Undang-Undang Nombor 4 Tahun 1984 Tentang Wabak Penyakit Menular dan berdepan dengan hukuman penjara selama satu tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan vaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca