Akui Ketagih Mandi Lumpur Di TikTok, Nenek Ini Dakwa Lagi Untung Daripada Turun Sawah

Layar Sari ataupun lebih dikenali sebagai Inak Mawar mengaku bahawa dia ketagih untuk mandi lumpur secara langsung di laman TikTok.

Memetik laporan detikBali, wanita berusia 55 tahun itu lebih rela membuat siaran langsung di laman TikTok daripada turun ke sawah.

Inak Mawar mendakwa dia akan lebih cepat memperoleh wang dengan melakukan siaran langsung di TikTok daripada bekerja di sawah dari pagi sehingga petang.

Wanita dari Lombok Tengah di Indonesia itu turut mengaku dia boleh memperoleh 1.5 juta rupiah (RM425) apabila melakukan penstriman langsung selama satu jam di laman TikTok.

Sumber: detikBali

Inak Mawar difahamkan hanya duduk di dalam kolah yang dipenuhi air lumpur dan dia kemudiannya menyiram air itu ke seluruh tubuhnya.

“Saya dapat sembilan juta rupiah (RM2,553) selepas sembilan kali buat siaran langsung.

Daripada pergi bekerja di sawah dari pagi sehingga petang, saya hanya menerima 35,000 rupiah (RM10) sahaja,” ujarnya.

Inak Mawar merupakan salah satu individu yang mandi lumpur di akaun TikTok @intan_komalasari92 dan @bocahperik.

Akaun itu dikelola oleh jirannya yang berusia 31 tahun iaitu Sultan Ahyar.

Warga emas itu mengaku bahawa dia tidak dipaksa untuk mandi lumpur di rumah Sultan Ahyar.

Dia juga tidak pernah demam atau masuk angin walaupun menyiram air lumpur ke badannya selama berjam-jam lamanya.

“Saya tidak pernah live malam-malam. Saya juga tidak tahu dapat wang itu dari mana.

Yang penting terima wang daripada pemilik akaun Sultan Ahyar,” tambahnya.

Sementara itu, Inak Mawar berkata dia menggunakan wang yang diperoleh daripada penstriman mandi lumpur secara langsung di TikTok itu untuk membayar hutang bank dan membeli mainan untuk enam orang cucunya.

Sumber: detikBali

Dia menggunakan wang selebihnya untuk membeli keperluan harian.

Aktiviti mandi lumpur secara langsung di TikTok itu dipercayai mula mendapat perhatian penduduk di kawasan itu sehingga ramai yang meminta Sultan Ahyar untuk memberi peluang kepada mereka supaya boleh melakukan perkara sama seperti Inak Mawar.

Pemilik akaun TikTok @intan_komalasari92 yang juga merupakan isteri Sultan Ahyar berkata dia tidak pernah memaksa pelakonnya untuk mandi lumpur.

Intan menjelaskan bahawa dia berkongsi wang yang diperoleh daripada melakukan siaran langsung di TikTok bersama pelakonnya.

“Wang tersebut dibahagi dua. Kalau dapat dua juta rupiah (RM566), pelakon yang mandi lumpur itu akan dapat separuh daripada itu,” kata Intan.

Untuk pengetahuan semua, TikTok LIVE digunakan untuk berinteraksi secara langsung dengan para pengikut.

Ketika membuat siaran langsung di TikTok, pemilik akaun dapat menerima gift atau hadiah virtual daripada penonton.

Hadiah itu kemudiannya boleh ditukarkan kepada wang tunai. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca