Akui Kesalahan Membunuh, Lelaki Ini Bawa Mayat Di Dalam Kereta Sejauh 300 Kilometer

Pada mulanya, seorang pengawai polis tidak mempercayai kata-kata seorang lelaki yang dengan selamba berjalan masuk ke lobi dan memberitahu bahawa dia sudah membunuh beberapa orang mangsa. Malah, salah satu mayat tersebut sedang berada di dalam keretanya di luar premis balai polis.

Shankar Hangud, 53, memasuki balai polis Mount Shasta, utara California kira-kira jam 12.10 tengah hari. Suspek kemudiannya memberitahu seorang pegawai polis bertugas bahawa dia telah melakukan suatu pembunuhan di rumahnya di Roseville yang sejauh 300 kilometer dari balai terbabit.

Polis telah mengesahkan bahawa mayat yang berada di dalam kereta suspek adalah milik seorang lelaki. Hasil serbuan ke sebuah unit pangsapuri di Junction Boulevard, pihak berkuasa turut menemui satu mayat dewasa dan dua mayat remaja.

“Saya tidak pernah melihat seseorang datang ke balai bersama mayat untuk mengaku telah melakukan pembunuhan,” ujar Sarjan Robert Gibson.

Siasatan lanjut mendedahkan kesemua mangsa bunuh adalah merupakan ahli keluarga suspek dan telah dibunuh beberapa hari yang lalu.

Semasa di balai polis, Shankar Hangud kelihatan tenang ketika menceritakan pembunuhan itu. Walau bagaimanapun, pihak polis masih tidak mengenal pasti motif kejadian berkenaan.

Shankar Hangud kini berada dalam tahanan polis. Pihak berkuasa percaya bahawa lelaki itu telah melakukan pembunuhan terbabit seorang diri dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia akan menjadi ancaman kepada orang awam.

Artikel Lain Untuk Di Baca