Akui Kekok Beraksi Di Pentas Sambil Bertudung, Ezlynn Kini Tampil Dengan Imej Berhijab

Mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, Ezlynn mengakui berasa sedikit janggal apabila kali pertama beraksi di pentas nyanyian sambil mengenakan tudung.

Meskipun begitu, Ezlynn berkata persembahan pertama kali dengan imej berhijab itu dapat dilaksanakannya dengan lancar dan dia turut bersyukur kerana dapat mengawal perasaan kekok itu.

Menerusi laman Instagram, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah memuat naik beberapa keping foto sekitar persembahan khas untuk petugas barisan hadapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru-baru ini.

Dia yang telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas ramadhan tahun ini turut menerima sokongan orang ramai yang rata-rata memuji penampilan terbarunya itu.

Menurutnya lagi, sudah tiga tahun dia cuba memakai tudung secara berterusan di bulan ramadhan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia telah tetapkan. Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah, saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama,” katanya.

Ezlynn juga bersyukur kerana dirinya telah dipermudahkan urusan untuk mula berhijab dan dia juga turut meminta peminat di luar sana supaya mendoakan dirinya untuk terus istiqamah dalam penghijrahan ini.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan industri hiburan Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca