Akui Kahwin Kerana Wang, Model Ini Mahu Cerai Setelah Suami Hampir Muflis

Seorang model terkenal di Jepun dikecam warganet setelah membuat pengumuman perceraiannya.

Namun, apa yang lebih mengundang kemarahan warganet ialah Kato Sari mahu bercerai kerana suaminya dikatakan sudah tidak memiliki kekayaan.

Mana tidaknya, Kato dilaporkan telah membelanjakan sebanyak 100 juta yen (RM3,709,603) dalam masa tiga bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Selain itu, lelaki berkenaan membeli cincin pertunangan buat Kato dengan harga tiga juta yen (RM111,283).

Namun, kehidupan serba mewah membuatkan Kato boros berbelanja. Beliau hanya membeli barang-barangan berjenama sahaja sehingga membuatkan lelaki itu hampir muflis.

Menerusi portal Madeinner Aoguri, kisah wanita berusia 30 tahun ini menjadi bualan ramai selepas mendirikan rumah tangga dengan pengurus sebuah syarikat hartanah selama tujuh hari.

Untuk dijadikan cerita, Kato membuat keputusan itu setelah diberitahu oleh suaminya bahawa dia tiada wang untuk menyara dan memberi wang seperti selalu.

Berang dengan situasi tersebut, Kato membuat keputusan mahu bercerai dan mengeluarkan kenyataan, “Kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit dan saya berkahwin kerana wang.”

Pasangan itu dikatakan melangsungkan perkahwinan pada September tahun lalu setelah mula bercinta pada Mei tahun yang sama.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai kisah yang sama seperti wanita berkenaan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca