Tidak dinafikan bahawa wabak koronavirus ini merupakan sesuatu yang menimbulkan perasaan takut dalam orang ramai.
Atas sebab itu, seorang wanita di China berjaya menakutkan seorang penceroboh yang mempunyai niat tidak baik terhadapnya.
Pada mulanya, wanita berkenaan menjerit apabila ternampak kelibat orang asing di dalam bilik tidurnya.
Selepas melihat reaksi mangsa, suspek memegang leher wanita tersebut dan menutup mulutnya serta cuba memperkosanya.
Walau bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh wanita itu telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa perkosa.
Wanita tersebut berpura-pura batuk sebelum berkata, “Saya baru sahaja pulang dari Wuhan dan sudah mempunyai gejala jangkitan itu jadi saya duduk di rumah untuk mengasingkan diri.”
Untuk dijadikan cerita, suspek menjadi takut selepas mendengar ‘pengakuan’ tersebut.
Lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian bersama telefon pintar mangsa dan wang tunai 80 yuan (RM47) milik wanita berkenaan.
Dalam pada itu, lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan membuat keputusan berkenaan kerana dia baru sahaja melarikan diri dari tempat tinggalnya.
Suspek dikatakan mempunyai perselisihan faham dengan ahli keluarganya tetapi dia tidak mempunyai wang tunai bersamanya.
Dalam pada itu, polis Jingshan mengesahkan insiden tersebut menerusi sebuah posting di media sosial dan memaklumkan yang suspek sedang berada dalam tahanan mereka.
Video berdurasi tiga minit ini menerangkan secara ringkas dan padat tentang koronavirus dan langkah-langkah pencegahannya.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah: