Apabila pembunuh bersiri terkenal melalui saat-saat hukuman mati, kata-kata akhir daripada mereka diucapkan dengan pelbagai emosi. Ada di antara mereka yang menyesal dan meminta maaf, malah ada juga yang langsung tidak peduli walaupun sudah tahu ajal mereka.

Berikut kami kongsikan 5 kata-kata terakhir pembunuh bersiri terkenal:

1. Thomas J. Grasso

“Saya tak dapat Spaghetti O’s saya. Saya cuma dapat spaghetti. Saya mahu pihak media tahu tentang perkara ini.” – Thomas J. Grasso

Lelaki ini bukan sahaja mencuri wang milik 2 orang wanita warga emas tetapi dia juga bertindak membunuh mereka. Kejadian ini berlaku pada 24 Disember 1990 di mana Thomas telah menjerut leher kedua-dua mangsa tersebut dengan menggunakan lampu pokok Krismas.

Pada 20 Mac 1995, Thomas telah dihukum bunuh melalui suntikan maut. Mereka yang bakal dihukum mati boleh meminta makanan ‘terakhir’ sebelum ‘pergi’. Begitu juga dengan Thomas yang meminta Spaghetti O’s sebagai makanan terakhirnya. Namun begitu, permintaan itu tidak ditunaikan dan dia hanya diberi spaghetti biasa sahaja.

2. Ted Bundy

“Saya nak sampaikan salam sayang saya kepada keluarga dan rakan-rakan saya.” – Ted Bundy

Ted Bundy merupakan seorang pembunuh bersiri. Dia yang juga merupakan seorang pencuri ini bukan sahaja menculik mangsa, malah juga merogol mereka. Bukan itu sahaja, lelaki ini juga merupakan seorang nekrofilia di mana dia tertarik secara seksual terhadap mayat.

Ramai wanita dan perempuan muda yang menjadi mangsa Ted pada tahun 1970-an dahulu. Ted menafikan perbuatannya itu lebih dari sedekad. Akhirnya, dia mengaku bersalah dalam 30 jenayah bunuh di 7 negeri antara tahun 1974 dan 1978.

Namun begitu, jumlah sebenar mangsa Ted dikhabarkan mencecah 100 orang. Pada 24 Januari 1989, dia dihukum mati melalui kerusi elektrik.

3. H. H. Holmes

“Buat perlahan-lahan. Jangan buat kerja cincai.” – H. H. Holmes

Penjenayah ini merupakan salah seorang daripada pembunuh bersiri terawal di Amerika Syarikat. Dia telah mengaku bersalah membunuh 27 orang mangsa.

Namun begitu, pihak mahkamah telah mengesahkah bahawa hanya 9 sahaja daripada pembunuhan tersebut yang munasabah kerana terdapat beberapa mangsa yang didakwa dibunuhnya masih lagi hidup. Pada 7 Mei 1896, Holmes telah dihukum gantung.

4. Jeffrey Dahmer

“Aku tak kisah kalau aku hidup atau mati. Bunuhlah aku.” – Jeffrey Dahmer

Lelaki ini telah ditangkap atas kesalahan merogol dan membunuh 17 orang lelaki. Bukan itu sahaja, dia juga dipercayai terlibat dalam kanibalisme dan nekrofilia.

Walau bagaimanapun, riwayat pembunuh bersiri ini tidak berakhir di tali gantung tetapi dia mati kerana dipukul oleh seorang tahanan di penjara pada 28 November 1994.

5. William Bonin

“Saya cadangkan apabila seseorang itu mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, sebelum mereka melakukannya, mereka patut pergi ke sebuah tempat yang sunyi dan fikir betul-betul tentangnya.” – William Bonin

Pembunuh bersiri ini yang lebih dikenali sebagai ‘Pembunuh Lebuh Raya’ telah terbukti bersalah melakukan jenayah rogol dan penyeksaan terhadap mangsa. Dia dipercayai telah membunuh 21 orang lelaki pada tahun 1979 hingga 1980 di California Selatan.

Dia digelar Pembunuh Lebuh Raya kerana setiap kali dia membunuh mangsanya, mayat mereka akan dibuang berdekatan dengan lebuh raya. Pada 23 Februari 1996, William dihukum mati dengan suntikan maut.

Kalau anda dekat tempat mereka, apa kata-kata terakhir anda?

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Iluminasi