“Aku Akan Hancurkan Kerjaya Kau Untuk Bagi Kau Malu.” – Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Mesej Ugutan

Pengarah dan pelakon filem Syamsul Yusof menerima mesej berbaur ugutan dan ancaman terhadap dirinya termasuk isteri dan anak-anak menerusi sebuah akaun Instagram daripada individu tidak dikenali.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata, mesej yang dihantar individu yang menggunakan akaun bernama Velvetblack itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.

“Saya sedar sebagai selebriti memang ia adalah perkara biasa kalau kita dapat mesej-mesej yang menghentam kita, namun kali ini saya sudah tidak boleh bersabar apabila ia melibatkan ugutan terhadap isteri dan anak-anak saya.

“Kalau individu ini tidak puas hati dengan saya dia sepatutnya hanya berurusan dengan saya, jangan babitkan isteri dan anak-anak saya sekali.

“Benda ini yang buatkan saya rasa dia telah bertindak melampaui batas untuk saya berdiam diri.

“Saya tidak tahu agenda dia dan saya pun tidak tahu sama ada dia orang yang saya kenali atau tidak. Mesej tersebut dihantar ke akaun Instagram saya dan saya sedar perkara itu kira-kira pukul 10.30 malam semalam (Selasa),” jelasnya.

Antara isi mesej tersebut adalah “aku akan hancurkan kerjaya kau, untuk bagi kau malu. Jangan fikir anak bini kau akan selamat. Isteri kau, aku ikut hari-hari.”

Bagi Syamsul, apa yang lebih merisaukannya adalah kerana sebelum ini, kereta yang dipandu isterinya pernah dihalang oleh individu tidak dikenali, sekaligus membuatkan dia bimbang tentang keselamatan isteri, Puteri Sarah Liyana dan dua anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

“Saya dah nekad no more Mr. Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugutan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu libatkan anak dan isteri saya. Saya mati pun tak apa tapi jangan sesekali sentuh anak dan isteri saya. Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak kalau tiada bukti.

“Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini namun baharu kali ini saya menyedari mesej itu ada berbaur ugutan dan ancaman. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu sudah dinyahaktifkan (deactived),” tegasnya.

Untuk rekod, Syamsul telah mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Untuk baca artikel lain berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca