Tahukah, anda? Etnik Uighur juga terkenal dengan kecantikan kaum wanitanya yang memiliki sepasang bola mata besar dan wajah yang mempersonakan.
Maka, tidak hairanlah jika pelakon terkenal China ini sering mendapat perhatian ramai orang. Siapa lagi kalau bukan aktres cantik Dilraba Dilmurat.
Berikut penulis kongsikan 5 perkara tentang aktres dan model jelita Dilraba Dilmurat:
1.Berasal daripada etnik Uighur

Dilraba di China dikatakan setanding dengan aktres-aktres terkenal yang lain seperti Angelababy.
Beliau dilahirkan pada 3 Jun 1992 di Xinjiang, China dan beretnik asli Uighur. Melihat rupa parasnya sahaja sudah cukup menggetarkan hati sesiapa sahaja yang memandang. Dikurniakan bentuk hidung yang lebih mancung, alis mata tebal dan bebola mata yang agak besar.
Malah, dia juga pernah terlibat dalam program TV yang diadaptasi dari Korea seperti She Was Pretty dan Running Man versi China.
2. Memenangi pelbagai anugerah di China

Meskipun baru berusia 27 tahun, Dilraba berjaya merangkul pelbagai anugerah lakonan seperti:
- Outstanding New Actress ENAwards 2016 (Hot Girl)
- Best New Actress China TV Drama Awards 2015 (Diamond Lover)
- Best Newcomer China Britain Film Festival 2015 (Mr. Pride vs Miss Prejudice)
- Golden Eagle Goddess Award
3. Diminati pemain bola sepak, Alexandro Pato

Untuk pengetahuan pembaca, peminat Dilraba bukan terdiri daripada kalangan rakyat biasa sahaja. Pemain bola sepak Alexandro Pato dari pasukan Tianjin Quanjian pernah meluahkan rasa cintanya kepada aktres wanita berkenaan.
Pemain bola sepak itu pernah berlari sekitar padang sambil membawa poster gambar Dilraba dan memuat naik perkara itu media sosial dengan kapsyen,
“Saya tidak boleh melupakan hakikat bahawa awak adalah seorang wanita China yang paling cantik.”
4. Agama yang dianuti Dilraba ialah Islam?

Memandangkan ramai yang mengetahui asal usul kelahiran dan etnik asal aktres berkenaan, Dilraba tidak pernah sekali pun mengakui atau menidakkan bahawa dia seorang Muslim.
Bagaimanapun, warganet khususnya dari China dilihat mulai berasa ragu apabila Dilraba pernah mengucapkan Eid Mubarak menerusi laman Weibo pada tahun 2013.
to all those people who say that
— ÖZGE | 我爱你 ♡ (@missnangfah) July 5, 2018
Dilraba Dilmurat is not a muslim
*2013 She posted this on her real weibo account with 42m followers*
👋❤️#迪丽热巴 #dilireba #dilrabadilmurat #sweetdreams #TenMilesofPeachBlossom pic.twitter.com/OswnEJm4OX
5. Memilih untuk berdiam diri daripada buka mulut tentang isu Uighur?

Disebabkan aktres jelita itu beretnik Uighur, ramai daripada kalangan warganet berharap agar aktres tersebut buka mulut mengenai isu ini di media sosial.
Namun, segalanya menjadi tanda tanya apabila dia tidak membuat sebarang posting di akaun Instagramnya semenjak September lalu.
View this post on Instagram收到一只超可爱的礼物🎁 Multi Pochette Accessories 谢谢呦~@louisvuitton #louisvuitton ♥️
A post shared by dilrabaxx63 (@dilrabaxx63) on
Kehilangan dan kesenyapan yang melanda aktres itu secara tidak langsung melahirkan spekulasi warganet yang beranggapan bahawa Dilraba mendiamkan diri kerana takut dengan tekanan dari kerajaan China.
Semoga Allah sentiasa melindungi etnik Uighur dari cengkaman komunis.
Untuk membaca artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: