Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Bersama ‘Best Friend’

Sering kali kita menghabiskan waktu bersama kawan dengan menonton wayang atau jalan-jalan di pusat membeli-belah. Apa kata sekali sekal anda lakukan sesuatu yang lain dari lain tapi menyeronokkan dan paling penting anda dapat berkongsi kenangan indah bersama kawan rapat anda. Aktiviti yang dikongsi oleh penulis ini dapat mengeratkan lagi persahabatan anda.

Lompat Atas Trampoline Di Jump Street Trampoline Park.

Di sini, anda bukan sekadar boleh lompat-lompat. Tapi sebenarnya ada banyak aktiviti dan cabaran yang anda boleh alami sendiri seperti bermain dodgeball dan juga slam dunk di atas trampoline dengan kawan-kawan. Memang seronok!

Mendaki Gunung

Bagi yang baru berjinak-jinak, boleh cuba daki bukit-bukit kecil dahulu. Antara yang popular adalah Bukit Tabur dan Bukit Broga bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Klang. Nak lebih mencabar sikit, boleh bawa diri ke Cameron Highlands untuk “masuk” ke alam fantasi The Hobbit di Gunung Irau. Hutan berlumut atau mossy forest di sini memang sangat terkenal dikalangan para pendaki.

ATV Di Kemensah

Minat aktiviti lasak? Jadi ATV lah pilihan yang paling tepat! Dalam kesesakan hutan konkrit di sekitar kawasan Ulu Kelang, siapa sangka terdapat aktiviti ATV di situ. Hanya perlu pandu sedikit ke dalam kawasan hutan di belakang Zoo Negara dan anda akan jumpa tempat ini.

Menonton Konsert

Kalau sudah namanya kawan rapat pasti akan meminati artis yang sama atau pun sanggup untuk temankan ‘Best Friend’ menonton artis kegemarannya. Dengan melakukan aktiviti ini anda akan rasa seronok bila dapat menyanyi dan menari bersama-sama tanpa menghiraukan orang disekeliling.

Selamat mencuba! Pasti anda dan kawan rapat akan berasa lebih seronok.

Artikel Lain Untuk Di Baca