Beberapa hari lalu, selain drama saman-menyaman Cik Epal dan Suami, media sosial turut kecoh dengan berita kejuaraan seorang ahli gusti ‘hijabista’ pertama di Malaysia.
Gadis bertudung yang dikenali sebagai Nordiana ini ternyata menjadi tumpuan ramai apabila berjaya mengharumkan nama negara setelah dia dinobatkan sebagai juara menerusi pertandingan Wrestlecon Champion Malaysia Pro-Wrestling (MYPW).
View this post on InstagramA post shared by Nor 'Phoenix' Diana (@nordianapw) on
Menggunakan nama gelaran Nor ‘Phoenix’ Diana, gadis berusia 19 tahun ini berkata perjalanan beliau sebagai penggusti wanita bermula ketika dia berusia 14 tahun tahun.
“Saya banyak bermain permainan video gusti bersama adik saya. Bermula saat itu, saya mula menonton rancangan gusti di televisyen dan amat minat untuk lebih mendalami dunia gusti.”
Daripada minat yang timbul, setahun kemudian dia memutuskan untuk menyertai Persatuan Gusti Malaysia dan berlatih bagi merealisasikan impiannya sebagai penggusti profesional.
Kami kongsikan video aksi lincah gadis ‘Phoenix’ ini apabila beraksi di dalam gelanggang pertandingan yang pastinya akan membuatkan anda terdiam dan ternganga.
View this post on InstagramA post shared by Nor 'Phoenix' Diana (@nordianapw) on
Menerusi video aksi ini, terdapat beberapa warganet yang berseloroh mengenangkan apa yang akan berlaku kepada bakal suami gadis ‘Phoenix’ ini nanti apabila berkahwin dengan seorang penggusti profesional. Malah, ada juga yang mengaitkan dengan isu hantaran gadis ijazah RM15,000.
Who run the world?
Girls!
Bait lirik Beyonce nyata memperlihatkan kehebatan seorang wanita itu mampu menggegar dunia.
Hebatnya wanita bila mula beraksi seperti tokoh Saiditina Safiah yang menjadi wanita pertama menghunus pedang ketika perang.