Isu penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil kini menjadi perhatian lagi sekali apabila venue tersebut bakal digunakan untuk tiga buah acara tumpuan dalam bulan yang sama.

Acara tersebut ialah perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert Coldplay dari United Kingdom yang masing-masing dijangka berlangsung pada 16, 21 dan 22 November depan.
Oleh sebab itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu ‘pisang berdua dua kali’ berkenaan isu Stadium Nasional, Bukit Jalil seperti konsert artis Taiwan, Jay Chou yang menyebabkan hanya 21 000 tempat duduk penonton boleh digunakan ketika menonton perlawanan Malaysia bertemu Thailand.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sudah membincangkan perkara ini bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi bagi mengelakkan isu sama berulang.
“Isu stadium selalu kita akan imbangkan antara sukan bola sepak dan konsert, kita telah bincang beberapa pilihan tapi saya tak nak umum pilihan ini dulu.

“Kita akan tunggu undian (kelayakan Piala Asia 2027) yang Datuk Hamidin akan dapat bulan Julai nanti.”
Hamidin menjelaskan bahawa insiden tarikh konsert dan aksi Harimau Malaya yang bertindih tidak boleh berlaku kerana FAM telah membuat tempahan awal kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengikut tarikh perlawanan skuad kebangsaan yang dijadual dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: