Aksi Cungkil Mata Yang Mengerikan, Ini Kisah Festival Khawaja Christi Moinuddina Di India

Terdapat satu festival yang agak pelik dan menggerunkan di sebuah daerah terpencil di India iaitu Festival Khawaja Christi Moinuddina di mana penduduk tempatan akan mencungkil mata mereka sendiri.

Mereka akan melakukan aksi menusuk mata di sebelah bahagian atas dengan menggunakan alatan tajam seperti pisau, pedang dan juga besi yang membuatkan mata seolah-olah terbeliak hendak keluar. Kebanyakan individu yang melakukan aksi ini adalah kaum lelaki tanpa mengira usia.

Aksi ngeri ini dikatakan telah bermula sejak 12 abad yang lalu dan diadakan pada bulan tujuh setiap tahun. Festival ini hanya dilakukan pada hari perayaan sahaja.

Justeru, festival ini akan berlangsung selama enam hari berturut-turut di mana ia hanya disambut dalam tempoh masa 3 jam 30 minit yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 1:30 petang.

Alatan bunyi seperti gendang akan dipalu sebagai isyarat untuk memanggil semua penduduk berkumpul bagi menyaksikan persembahan daripada individu-individu yang terlibat.

Malah, hanya individu yang dipilih secara sukarela sahaja dibenarkan untuk melakukan aksi ngeri itu.

Tembakan meriam akan dilepaskan pada hari terakhir yang menandakan sambutan perayaan tersebut telah selesai.

Tujuan festival ini disambut oleh mereka untuk meluahkan rasa syukur dan memperingati ulang tahun kematian pengasas keagamaan mereka.

la dilakukan atas dasar tuntutan kerohanian dan kepercayaan yang memerlukan seseorang individu itu melakukan aksi sedemikian.

Bagaimanapun, seseorang yang melalui tradisi ini perlu mencabar mental dan fizikal demi mendapatkan tingkat tertinggi dalam kepercayaan kerohanian.

Aksi ini bagaimanapun sangat merbahaya buat mereka meskipun ia didakwa oleh sesetengah individu yang terlibat yang mengatakan bahawa ia tidak mendatangkan bahaya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca