Akibat Vaskulitis, Ashton Kutcher Pernah Sukar Mendengar, Melihat Dan Berjalan

Ashton Kutcher menceritakan kisahnya ketika mengharungi penyakit jarang ditemui iaitu Vaskulitis yang pernah memberi efek pada pendengaran dan penglihatan.

Vaskulitis adalah peradangan pada pembuluh darah yang mengakibatkan perubahan pada dinding pembuluhan darah.

Pelakon lelaki terkenal, Ashton Kutcher membuka cerita tentang pertarungannya dengan penyakit vaskulitis dan akibatnya berlangsung lebih dari setahun.

“Lebih kurang dua tahun lepas, saya mengahidapi penyakit vaskulitis yang pelik dan jarang ditemui, yang memberi efek pada penglihatan, pendengaran dan semua keseimbangan saya,” kata Kutcher di sebuah rancagan, Running Wild with Bear Grylls: The Challenge.

Kutcher menerangkan yang orang tidak akan hargai sesuatu apabila kehilangannya kerana saat itu, dia tidak tahu jika dia boleh melihat, mendengar atau berjalan semula dan itu telah membuat dia amat bersyukur.

Selepas video klip dari rancangan tersebut viral, Kutcher tweet di akaun Twiiternya sendiri bagi menerangkan yang penyakit itu berlaku tiga tahun lepas dan kini, dia sudah pulih sepenuhnya.

Warganet mula memberi respons mereka pada tweet Kutcher kerana lega mendengar selebriti popular ini sudahpun kembali sihat seperti sediakala.

Selain itu, terdapat banyak perkongsian di kalangan warganet yang mengalami situasi yang sama seperti Kutcher.

Kebanyakannya, beritahu bahawa mereka mempunyai efek yang kekal dari penyakit tersebut dan ada juga yang mendapat efek selepas beberapa bulan.

Perkara ini tersebar sehingga Kutcher perlu memberi keterangan membuatkan semua berasa simpati kerana pelakon itu tidak mempunyai privasi tentang rekod kesihatannya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca