COVID-19: Akibat Tidak Tahan Duduk Di Rumah, Pemuda Ini ‘Ragut’ Nyawanya Sendiri

Kebanyakan negara telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Namun, disebabkan perasaan sunyi yang menyelubungi diri menyebabkan seorang pemuda bernama Daniel Furniss bertindak mengambil nyawanya sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pemuda yang berusia 34 tahun itu akan keluar rumah pada setiap pagi sebelum kerajaan mengumumkan perintah berkurung di Crookhorn, United Kingdom.

Sumber: MStar

Selepas diklasifikasikan sebagai seorang individu yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 kerana mempunyai penyakit kencing manis, dia diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Kakak kepada Daniel, iaitu Chelsea turut mendedahkan bahawa adiknya itu mempunyai penyakit bipolar.

“Dia tinggal bersendirian dan akan keluar rumah setiap hari. Daniel mempunyai penyakit kencing manis dan sejak perintah berkurung dilaksanakan, dia tidak boleh keluar rumah.

Jadi kami merasakan itu adalah punca dia bertindak sedemikian. Kami berharap apa yang menimpa ke atas Daniel boleh memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu ini,” kata Chelsea.

Menurut laporan, Daniel turut bergelut dengan penyakit bipolar sejak remaja dan tidak boleh keluar bekerja kerana mempunyai masalah mental.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kematian disebabkan diri sendiri, klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca