Akibat Tidak Pandai Memandu, Belasan Kereta Baru Milik Jutawan Segera Ini Rosak

Terdapat satu rakaman video ditular yang memaparkan penduduk di sebuah perkampungan Indonesia membeli kira-kira 176 buah kereta baru.

Rata-rata penduduk Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu itu terdiri daripada petani yang mendapat wang pampasan tanah dari pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Rusia.

Jumlah wang pampasan yang diterima mereka adalah sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) sehingga 26 bilion rupiah (RM7.5 juta) bergantung kepada saiz jumlah tanah yang mereka ada.

Namun kegembiraan ‘jutawan-jutawan segera’ yang memiliki kereta mewah itu tidak bertahan lama.

Belasan kereta mewah berkenaan mengalami kerosakkan akibat kemalangan berpunca dari mereka yang masih tidak pandai memandu.

Menurut pengurus bahagian Auto 2000 Tuban, Arie Soerjono menyatakan bahawa setakat ini sudah ada 15 buah kereta dari kampung tersebut mengalami kemalangan.

Rata-rata kereta yang terlibat merupakan model Toyota. Kemalangan itu tidak berlaku di jalan raya, namun ia berlaku di kawasan jalan kampung setempat mereka.

Sumber: Kompas

Salah satu contoh dari kemalangan tersebut adalah di mana pemandu melanggar ruangan garaj ketika mahu mengundurkan keretanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca