Akibat Tidak Berhenti Untuk Solat, Sani Express Hentikan Sementara Tugas Pemandu Bas

Sani Express Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu penyedia perkhidmatan bas penumpang, telah menghentikan sementara tugas pemandunya.

Hal ini berlaku susulan daripada isu mengabaikan solat Subuh ketika dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Jertih, Besut pada Sabtu lalu.

Sani Express menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya memandang serius terhadap kejadian berkenaan.

Hal ini kerana aktiviti berhenti rehat di samping solat merupakan prosedur wajib bagi kesemua pemandu.

Tambahnya lagi, siasatan dalaman akan dijalankan terhadap pemandu bas berkenaan dan tindakan disiplin, amaran, kaunseling serta latihan semula selaras dengan prosedur syarikat akan dikenakan.

Sani Express turut menyatakan rasa kesal atas apa yang berlaku kerana solat lima waktu merupakan perkara yang wajib ditunaikan bagi umat Islam.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, mereka turut memohon maaf dan berjanji bahawa perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Safwan.

Dia telah menyatakan rasa kecewa dengan sikap pemandu bas Sani Express yang dikatakan enggan menghentikan kenderaan bagi membolehkan penumpang menunaikan solat Subuh.

Bukan itu sahaja, Muhammad Safwan turut mendakwa bahawa pemandu itu juga telah meninggalkan penumpang yang pergi ke tandas ketika bas tersebut berhenti di Setiu.

Pemandu bas berkenaan dipercayai telah meneruskan perjalanan tanpa menunggu atau mengira jumlah individu yang ada di tempat duduk masing-masing.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca